Mission News

Tawaran Biasiswa Naib Canselor Universiti Utara Malaysia untuk Pelajar Venezuela

31 October 2017 1 views

 

 

Tawaran Biasiswa Naib Canselor Universiti Utara Malaysia untuk pelajar Venezuela

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama yang menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar Venezuela untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di kampus utamanya di Sintok, Kedah. Nilai biasiswa tersebut merangkumi yuran pengajian dan semua yuran yang bakal dikenakan oleh UUM. Selain itu, pelajar-pelajar yang terpilih juga akan diberi penginapan percuma dan menerima elaun sara hidup bulanan sepanjang tempoh pengajian di UUM.

 

Hasil kerjsama di atara pihak Kedutaan Besar Malaysia dan pengurusan UUM, satu sesi sidang video khas telah diadakan pada 26 Oktober 2017 untuk menemubual calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek untuk menerima tawaran biasiswa tersebut. Pihak UUM akan membuat penilaian seterusnya dan memilih seramai tiga (3) orang calon yang terbaik untuk melanjutkan pengajian di Malaysia bagi sesi kemasukan yang bakal bermula pada bulan Februari 2018.    

 

Walaupun tawaran biasiswa ini baru diperkenalkan buat julung kalinya, ia berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar di Venezuela dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Usaha ini bukan sahaja akan dapat bantu mempromosikan Malaysia dan UUM sebagai hub pendidikan tinggi terkemuka dunia, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Venezuela dalam konteks hubungan antara rakyat dengan rakyat.    

Share:
Link copied to clipboard
Back