Kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Rakyat China dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Wilayah Sichuan pada hari Sabtu, 20 April 2013.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut.
Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi terkini di kawasan yang terlibat dan menyarankan agar semua rakyat Malaysia di Wilayah Sichuan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming seperti di butiran berikut:
En. Mohamad Nasri Abdul Rahman
Konsul Jeneral
Unit 403, 4th Floor Tower B
South Asia Top City Building
Dianchi Road, Kunming
Tel : +86 871 316 5088
http://www.kln.gov.my/web/chn_kunming/home
MENTERI LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
21 APRIL 2013