YB Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengadakan lawatan kerja ke Shenzhen dan Zhuhai pada 8 dan 10 Mei 2011. Sewaktu lawatan tersebut YB Menteri telah diiringi oleh Konsul Jeneral Malaysia Encik Francisco Munis. Turut menyertai lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Lawatan tersebut telah berjaya meningkatkan lagi hubungan dua-hala Malaysia-China.