Mission News

Majlis Maulidur Rasul 1430 Hijrah Di Malawakil Guangzhou

26 April 2009 1 views

PERWAKILAN dari Malawakil Guangzhou telah menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul pada hari Ahad, 8 Mac 2009 yang dihadiri oleh muslimin dan muslimat warga Konsulat Jeneral, beberapa tetamu jemputan serta pelajar Malaysia yang menuntut di Jinan Universiti, Guangzhou.

Majlis tersebut dimulakan dengan ceramah agama daripada Ustaz Mohamd Ibrahim iaitu pelajar dari Jinan Universiti, Guangzhou yang kemudian disusuli dengan bacaan selawat Ke-Atas Nabi serta solat Maghrib berjemaah.  Setelah itu, majlis diteruskan dengan jamuan makanan.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back