Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming telah menganjurkan Hari Keluarga Konsulat bertempat di Fuxian Lake, Yuxi pada 26-27 Mac 2016. Hari Keluarga ini telah dihadiri oleh semua HBS di Malawakil Kunming serta keluarga termasuk dari Visa Section. Bagi mengeratkan tali silaturahim di kalangan semua HBS di Malawakil Kunming, beberapa acara sukaneka bersama keluarga telah diadakan antaranya acara Mumia, Bola Beracun, Tiup Belon, Ikat Tali Leher dan Masuk Benang Dalam Jarum.
Konsul Jeneral Malaysia di dalam ucapannya berharap agar Hari Keluarga Konsulat akan menjadi acara tahunan dan mengucapkan terima kasih kepada semua HBS dan keluarga di Malawakil Kunming kerana telah memberikan kerjasasama dan usaha yang jitu bagi menjayakan Hari Keluarga Konsulat bagi tahun 2016 ini. Selain daripada kerjasama yang diberikan sepanjang acara berlangsung, semua HBS juga telah memberikan sepenuh komitmen dari segi tenaga dan masa bagi memeriahkan acara ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan hingga ke tahun-tahun seterusnya.