Kunming, 23 Ogos 2014
Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Encik Mohamad Nasri Abdul Rahman telah mengadakan jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh anggota keluarga Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 di kediaman beliau.
Pelbagai juadah menarik di antaranya mi bandung, nasik minyak dan kuih muih telah dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Majlis yang ringkas tetapi meriah ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan berhari raya di kampong halaman.
Majlis yang bermula pada jam 12.00 tenghari berakhir pada jam 3.00 petang.