Mission News

JEMPUTAN PELANCARAN PEMBINAAN MASJID DI BANDAR KUNYANG

13 May 2009 1 views

JEMPUTAN PELANCARAN PEMBINAAN MASJID DI BANDAR KUNYANG

Pada 13 Mei 2009, Encik Roseli Abdul telah dijemput ke satu maslis pelancaran pembinaan sebuah masjid di bandar Kunyang terletak kira-kira 60 km daripada bandar Kunming.

Seperkara yang menarik ialah bandar Kunyang merupakan tempat kelahiran Admiral Zheng He, atau lebih dikenali di dalam sejarah Melayu sebagai Panglima Cheng Ho yang melakukan 7 pelayaran dari CIna sehingga ke benua Afrika dari tahun  1405-1433. 

 

 

Masjid pelancaran projek bersama-sama pegawai kerajaan tempatan.

 

 

Lakaran masjid baru yang menelan belanja RMB 6 juta (RM 3 juta) ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta dan dijangkan siap penghujung 2009.

Bersama-sama penduduk Islam di Kunyang

 

 

 

 

Tugu peringatan Panglima Cheng Ho. Nama asal beliau adalah Ma Ho. Semasa berumur 11 tahun beliau telah di bawa ke Beijing dan semasa berumur 33 tahun, Mahajara Ming telah menganugerahkan nama 'Cheng' diatas keberanian beliau di medan perang. Cheng Ho meninggal dunia pada tahun 1435 semasa berusia 64 tahun  dan kubur beliau terletak di Nanjing.

 

 

 

Rumah asal keluarga Panglima Cheng Ho yang dibina semula. Nama asal keluarga beliau adalah Ma (Muhammad).

Share:
Link copied to clipboard
Back