Mission News

KUNJUNGAN HORMAT EKSPEDISI BERMOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DARI MALAYSIA KE CHINA

28 December 2023 1 views

Ekspedisi bermotosikal berkuasa tinggi seramai 10 orang peserta dari Pasir Gudang, Malaysia  ke Shangri-La, China selama 12 hari perjalanan yang bermula pada 18 Disember 2023 sehingga 29 Disember 2023 melalui jalan darat selamat tiba di Kunming pada 28 Disember 2023.

 

Ekpedisi bermotosikal berkuasa tinggi ini bermula dengan memasuki China di Pintu Mohan Port International di utara negara Laos (Boten Border) dan meneruskan siri jelajah hingga ke Shangri-la, China sebelum ke Kunming, China dan seterusnya balik semula ke Boten, Laos, Thailand dan Malaysia semula. 

 

Kumpulan ekpedisi telah membuat kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral, Encik Muhamad Akmal Abdul Wahab.  Acara pelepasan (flag off) ekpedisi bermotosikal ini telah disempurnakan oleh Konsul Jeneral.

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming mengucapkan selamat maju jaya dan berharap semoga ekspedisi jelajah ini meningkatkan mutu sukan permotoran negara.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back