Encik Mad Tajuddin Shaari, Penolong Atache Imigresen dan isteri telah diraikan dalam satu majlis perpisahan di Pejabat Konsulat pada 11 Ogos 2009. Beliau yang baru hanya bertugas selama 8 bulan di Kunming telah mendapat kenaikan pangkat ke gred KP 41 dan diarah bertukar ke Pejabat Imigresen di Sarawak. Semua staf di KJ Kunming mengucapkan tahniah kepada Encik Mad Tajuddin dan juga ribuan terimakasih di atas perkhidmatan baik yang beliau curahkan selama beliau berada di Kunming.
Mission News
MAJLIS PERPISAHAN UNTUK ENCIK MAD TAJUDDIN SHAARI, PENOLONG ATACHE IMIGRESEN
13 August 2009
1 views