PENGAMBILAN GURU BAHASA MELAYU DI YUNNAN NATIONALITIES UNIVERSITY, KUNMING Pada 9 April 2009, pihak Konsulat-Jeneral telah diminta oleh Yunnan Nationalities University (YNU) untuk membantu membuat temuduga dua calon guru Bahasa Melayu. Ini kerana YNU bercadang untuk mengadakan program ijazah Bahasa Melayu dijangka bermula pada tahun 2010. YNU adalah universiti yang ketiga di negara Cina mempunyai program Bahasa Melayu selepas Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Nanning University. Dua calon tersebut adalah pelajar lepasan BFSU iatu Ms. Liu Jiarong @ Fatimah dan Ms. Zhou Yahui @Aisyah. Kedua-dua mereka menunjukkan tahap kemahiran Bahasa Melayu yang baik selepas hanya belajar selama 4 tahun. Syabas !
Mission News
PENGAMBILAN GURU BAHASA MELAYU DI YUNNAN NATIONALITIES UNIVERSITY, KUNMING
09 April 2009
1 views