Satu perbincangan secara dalam talian telah diadakan antara MARDI dan Yunnan Agriculture Academy of Science (YAAS) pada 25 Mac 2022. Turut serta dalam perbincangan adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti College Agriculture Malaysia (UCAM). Pihak Pejabat Pendidikan Malaysia Beijing dan juga Pejabat Perwakilan Pertanian Beijing juga turut menyertai perbincangan tersebut.
Antara intipati perbincangan adalah untuk menganjurkan program pembangunan kapasiti (program penyelidikan khas jangka pendek, aktiviti latihan, penyertaan dalam seminar, persidangan dan program saintifik, pertukaran maklumat yang berkaitan dengan bidang kerjasama atau mana-mana bidang kepentingan bersama.
Pihak YAAS juga telah memanjangkan Jemputan untuk Malaysia menyertai Rangkaian Mangga Asia Selatan dan Tenggara dan untuk menggalakkan pertukaran maklumat mengenai pemprosesan produk pertanian, pembiakan, pembiakan molekul dan penanaman makanan ternakan tropika, tanaman hortikultur, bunga (tumbuhan hiasan), pertanian bandar & pelancongan pertanian, pengurusan dusun, padi, dan biologi molekul.
Pihak YAAS bersetuju untuk saling bertukar maklumat dalam bidang penyelidikan kepada MARDI dan institusi Malaysia yang lain untuk bersama-sama menjalankan penyelidikan kolaboratif, YAAS juga bersedia untuk turut serta dalam perbincangan lanjut dalam menandatangani perjanjian persefahaman bersama.
