
Malawakil Kunming telah melaksanakan dengan jayanya program Sukan Negara 2020 pada 10 Oktober 2020 dengan memilih sukan bowling sebagai medium atau program pengisian.
2. Sukan bowling berkenaan telah diadakan di Pusat Sukan Hongta Kunming yang bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang.
3. Pada program berkenaan sejumlah 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai HBS dan Kakitangan Ambilan Tempatan Malawakil Kunming, rakyat Malaysia di sekitar Kunming juga jemputan khas iaitu pegawai-pegawai daripada Foreign Affairs Office of Kunming juga beberapa orang ahli perniagaan tempatan turut hadir atau terlibat sama pada program berkenaan.
4. Para peserta program memaklumkan bahawa program atau riadah sukan bowling berkenaan amatlah baik kerana bukan sahaja dalam mempromosikan gaya hidup sihat bahkan membolehkan proses interaksi dikalangan pegawai, kakitangan serta rakyat Malaysia juga penduduk tempatan Kunming di pereratkan lagi.

