Mission News

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2022

09 May 2022 1 views

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2022 Kunming yang telah diadakan pada Selasa, 3 Mei 2022 bertempat di Rumah Malaysia, Kunming.

 

Sejumlah hampir 45 orang jemputan yang rata-ratanya adalah diaspora Malaysia yang bekerja dan bermastautin di sekitar Kunming hadir bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dihoskan oleh CG Faizal Shani serta isteri beliau Puan Hilda Rozita Mohd Raffali. 

 

Berdasarkan keperluan SOP Covid -19 oleh Kerajaan Yunnan, bilangan jemputan hanya dihadkan pada bilangan dibawah 50 orang, bukan sahaja memastikan tahap pematuhan kepada SOP Covid-19 bahkan sesuaian bagi acara/sambutan untuk dianjurkan di Rumah Malaysia yang berpindah ke lokasi baharu.

 

Para jemputan yang hadir telah dihidangkan juadah Hari Raya seperti nasi minyak, rendang daging, masak lodeh, nasi impit dan kuah kacang, ayam BBQ, jelatah, rojak buah dan lain-lain kudapan yang bersesuaian. 

 

Rata-rata jemputan diaspora Malaysia yang hadir menyatakan rasa gembira serta berharap agar lebih banyak program atau himpunan bersama rakyat Malaysia dianjurkan. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mereka bertukar-tukar pandangan malahan sebagai platform bagi mendapat kemaskini maklumat yang berkaitan terutamanya dengan situasi Covid-19 dewasa kini.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back