Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2017 MALAWAKIL KUNMING

15 October 2017 1 views

Pada 14 Oktober 2017 telah berlangsung Hari Sukan Negara di seluruh Malaysia,  malah tidak ketinggalan bagi Malawakil Kunming untuk sama-sama meraikan Hari Sukan Negara 2017 yang telah diwartakan pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 

 

Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2017.  Malawakil Kunming yang di ketuai oleh YBg. Dato' Siow Chen Pin, Konsul Jeneral Malawakil Kunming telah mengadakan acara bowling santai yang turut sama disertai leh kakitangan Konsulat jeneral Malaysia di Kunming dan ahli keluarga.

 

Acara bermula jam 4.30 petang dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Rishamila Muhamed, Setiausaha Pejabat Malawakil Kunming sebagai sesi pemanasan badan dan seterusnya acara dimulakan dengan balingan perasmian oleh YBhg. Dato' Konsul Jeneral.  Peserta memberikan maklumbalas yang positif terhadap aktiviti ini kerana berpeluang beramah mesra diantara satu sama lain.  Acara ini berakhir pada jam 6.00 petang.

Share:
Link copied to clipboard
Back