Mission News

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2022 MALAWAKIL KUNMING

16 February 2022 1 views

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Malawakil Kunming telah diadakan pada Sabtu, 12 Februari 2022 bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Kunming.

 

Sejumlah 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga Diaspora Malaysia, ahli perniagaan tempatan serta individu-individu berkaitan sekitar Kunming, pegawai HBS dan LRS berserta ahli keluarga hadir pada majlis sambutan yang bermula pada jam 2 petang  dan berakhir pada jam 5 petang.

 

Penganjuran Sambutan Tahun Baru Cina –Year of Tiger 2022 bukan sahaja bagi meraikan kehadiran Tahun Baru yang sangat bermakna bagi masyarakat berbangsa Cina di Malaysia bahkan, terutamanya para sahabat di Negara Tuan Rumah.

 

 

Konsul Jeneral dalam ucap alu-aluan merakamkan rasa terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas kerjasama mereka terhadap Malawakil sepanjang tahun 2021. Beliau juga menegaskan bahawa usaha membangunkan bersama Negara Malaysia sebagai satu Negara Maju kelak perlu digalas bersama. Maka, kesatuan dan kefahaman bersama sebagai satu Keluarga Besar Malaysia dibawah agenda  amatlah penting. Harapan kerjasama yang akrab dapat dijalinkan bagi memastikan 2022 menjadi tahun yang berfaedah kepada semua pihak juga dikongsi disamping menegaskan akan kepentingan bagi pendaftaran bersama Malawakil dibuat bagi tujuan Konsular dan penyelarasan yang berkaitan.

 

 

 

 

 

   

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back