Mission News

SEMINAR "CROSS-NATIONALITIES MARRIAGES" BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI CHENGDU, SICHUAN DAN PROGRAM PMRM

22 March 2016 1 views

Malawakil Kunming dengan kerjasama Malaysia Association in Sichuan (MASC) telah menganjurkan seminar "Cross-Nationalities Marriages" Bersama Rakyat Malaysia di Chengdu, Sichuan pada 19 Mac 2016(Sabtu), Bermula jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang bertempat di Restaurant Gourmet Malaysian Cafe, Chengdu.

 

Seminar ini diinisiatifkan oleh MASC berikutan terdapat ramainya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara China di Chengdu.  Pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang lahir samada di Malaysia atau China ini mempunyai masalah dalam memahami peraturan kedua-dua negara berkaitan hal ehwal kerakyatan anak, pendaftaran kewarganegaraan, permohonan pasport, pengeluaran visa, peluang pendidikan dan sebagainya.

 

Seminar ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta warga Malaysia dan pasangnan masing-masing.  Konsul Jeneral Malawakil Kunming Encik Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Presiden MASC Encik Kenny Lee telah hadir untuk menjawab persoalan-persoalan konsular yang dibangkitkan oleh para peserta seminar berkenaan.

 

Konsul Jeneral dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada MASC yang telah berjaya menganjurkan seminar tersebut.  Konsul Jeneral seterusnya memaklumkan bahawa satu pertemuan diantara pihak Malawakil Kunming dengan Exit-Entry Administration & International Cooperation Bureau, Chengdu Municipal Public Security telah diadakan pada Jumaat, 18 Mac 2016 bertujukan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hal ehwal konsular yang telah dibangkitkan oleh para peserta seminar.  Seminar ini kemudiannya dilanjutkan dengan sesi penerangan dan soal jawab terhadap permasalahan konsular yang dihadapi oleh para peserta seminar.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back