Pada 11 Ogos 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana berserta dengan Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) beserta ahli keluarga serta kakitangan telah turut menyertai acara ASEAN "Fun Walk" anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia bersempena sambutan dengan Hari ASEAN ke-56 dan juga Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-78. Para hadirin juga telah turut dimeriahkan dengan acara permainan sukan seperti ping-pong dan domino, persembahan nyanyian serta tarian poco-poco.


