Mission News

ASEAN Fun Walk, 10 Ogos 2024

10 August 2024 1 views

Pada 10 Ogos 2024, Kedutaan Besar Malaysia di Havana beserta Komuniti ASEAN di Havana yang lain telah turut memeriahkan acara "Fun Walk" anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara tersebut yang ke-79 dan juga Hari ASEAN yang ke-57. 

Selain dari pertandingan ping-pong dan domino, acara sukaneka untuk kanak-kanak dan karaoke turut disediakan oleh pihak penganjur. 

Sambutan berkenaan telah diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan dan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Selain dapat mengeratkan ukhwah sesama Komuniti ASEAN, aktiviti sebegini juga dapat memupuk gaya hidup sihat kepada semua yang terlibat.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back