Pada 26 November 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana dan PERWAKILAN Havana telah bersama-sama turut menjayakan Bazar Antarabangsa anjuran Persatuan Isteri-Isteri Kor Diplomatik di Cuba (ACDACU) yang telah diadakan di El-Carmelo,Vedado.
Bazaar berkenaan telah turut disertai oleh lebih dari 50 buah negara dari pelbagai rantau seperti Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Kuwait, Yaman, Morocco, Turkiye, Pakistan, Indonesia, Laos, Myanmar, China, Rusia, Lubnan, Malaysia dan banyak lagi, dan badan korporat seperti Mercedez Benz.
Selain dari sajian makanan tradisional yang telah dihidangkan oleh setiap negara masing-masing, para hadirin juga telah turut dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan dari negara-negara yang terlibat.
Bazaar anjuran ACDACU ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Cuba yang memerlukan. Selain tu, Bazaar berkenaan menjadi platfom terbaik untuk rakyat tempatan dan warga antarabangsa yang berada di Cuba untuk lebih mengenali negara-negara yang menyertainya serta kepelbagaian budaya serta kaum yang terdapat di serata dunia. Secara tidak langsung, penganjuran Bazaar ini dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara Kedutaan-kedutaan dan Persatuan-persatuan yang beribupejabat di Cuba.
Bazaar yang bertemakan ‘Mengelilingi Dunia selama 8 jam” ini juga telah mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.




