Bersempena dengan Cuti Hari Natal, Malawakil Havana telah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Lembah Vinales, yang terkenal dengan aktiviti peladangan terutamanya penanaman tembakau dan kopi (Arabica), yang terletak hampir 2.5 jam dari Havana.
Kami juga telah berpeluang untuk melawat sebahagian dari Viñales National Park, yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO; ladang tembakau dan ladang kopi. Kami juga telah diberi penerangan lanjut berkenaan pembuatan curut serta pemprosesan kopi, madu dan juga rum oleh para peladang tempatan. Kami juga sempat merasai kopi yang dibancuh segar oleh mereka. Segar beraroma! Pengalaman menunggang kuda bersama Pepino (pemilik kuda), untuk melawat kawasan Lembah Vinales ini tidak akan kami lupai!



