Pada 14 Mac 2023, Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara telah mengadakan kunjungan hormat sulung beliau ke atas Puan Vilma Sanchez Sempe, Pengarah Bahagian Asia dan Oceania bertempat di Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Cuba (MINCEX) di Vedado.
Bidang keutamaan yang menjadi fokus kerajaan Cuba (iaitu tenaga boleh diperbaharui, bioteknologi, sektor makanan dan pertanian, sektor pelancongan), usaha-usaha bersesuaian ke arah meningkatkan kerjasama dalam dagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan Cuba, penyertaan wakil Cuba dalam program-program MTCP yang bakal diadakan, kunjungan terkini beberapa syarikat dari Malaysia ke Havana, adalah antara perkara-perkara yang dibincangkan dipertemuan kali ini.
