Mission News

FIHAV 2022 (Pameran Dagangan Antarabangsa Havana Ke-38)

15 November 2022 1 views

Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara telah turut serta dalam sesi pembentangan berkenaan peluang pelaburan asing di Cuba. Sesi berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Cuba Manuel Marrero Cruz dan telah turut disertai oleh wakil-wakil Kor Diplomatik dan komuniti perniagaan tempatan dan asing. Sesi ini adalah sebahagian daripada program yang diadakan bersempena dengan penganjuran FIHAV 2022 (Pameran Dagangan Antarabangsa Havana ke-38) yang berlangsung dari 14-18 November 2022.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back