Pada 15 Disember 2024, Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut memeriahkan Hari Sukan ASEAN 2024 anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia di Havana. Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh PYT Nana Yuliana, Duta Besar Republik Indonesia ke Cuba, disusuli dengan ucapan oleh TYT Le Quang Long, Duta Besar Vietnam ke Cuba selaku Pegerusi Semasa Komuniti ASEAN di Havana, Cuba. Badminton, bola tampar, domino adalah diantara acara-acara sukan yang dipertandingkan. Majlis telah diakhiri dengan pertandingan karaoke, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis makan tengahari.


