Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2016 ANJURAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI HAVANA, CUBA

07 October 2016 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba telah menganjurkan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016. Objektif panganjuran Hari Sukan Negara di KBM Havana adalah bagi memupuk budaya sihat disamping mempromosi negara Malaysia di perantaun melalui aktiviti-akviti sukan.  Seramai 35 orang hadirin terdiri daripada Duta-Duta Besar, Diplomat, media tempatan, pelajar-pelajar Malaysia, warga Cuba menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

 

Pelbagai jenis sukan termasuk sukan rakyat dimainkan oleh para hadiran.  Antara permainan-permainan tersebut ialah sepak raga, congkak, galah panjang, brisk walk, pingpong, tennis dan dll.  Di akhir program tersebut, tetamu-tetamu dihidangkan dengan juadah tradisional Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back