Mission News

Hari Terbuka Kedutaan Besar Malaysia, Havana

05 November 2024 1 views

Lembaran bulan November tahun ini telah dimulakan dengan penganjuran Hari Terbuka Kedutaan Besar Malaysia, Havana bertempat di Pusat Persahabatan (House of Friendship) di Vedado.   

Program berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada Duta-duta Besar dan wakil-wakil Negara-negara Asia dan juga Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang beribupejabat di Havana, Timbalan Presiden dan wakil-wakil Institusi Jalinan Persahabatan (Institute of Friendship with the Peoples-ICAP), Presiden dan wakil media tempatan Prensa Latina serta para pelajar dari Institut Hubungan Luar “Raul Roa Gracia” (ISRI), dan Universiti Kesenian Cuba (ISA).

Program sebegini bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia dan kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita serta amalan hormat-menghormati selaras dengan salah satu daripada tonggak utama Konsep Malaysia Madani secara langsung kepada golongan muda tempatan, wakil-wakil institusi tinggi di Cuba serta Kor Diplomatik yang beribu pejabat di Havana. Bak kata pepatah “Tak Kenal Maka Tak Cinta”

Para tetamu turut disajikan dengan persembahan tarian Zapin oleh para pelajar tempatan dan demostrasi masakan oleh PERWAKILAN Havana (Maruku, Lepat Pisang dan Teh Tarik) serta juga juadah Istimewa yang telah disediakan khas untuk mereka.  Selain itu, reruai pameran kraftangan dan pelancongan Malaysia serta Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan turut disediakan untuk tatapan para tetamu.

Share:
Link copied to clipboard
Back