Mission News

Jamuan makan tengahari Persatuan Wanita Asia (ALA) di Havana

13 October 2023 1 views

PERWAKILAN Havana telah turut memeriahkan sesi jamuan makan tengahari anjuran Persatuan Wanita Asia (ALA) di Havana yang telah diadakan pada 13 Oktober 2023 di salah sebuah restoran di kawasan Miramar.

Selain berkenalan dengan ahli kumpulan yang baru dari Kedutaan Besar Turkiye serta mengambil maklum para ahli yang bakal menamatkan penempatan mereka di Cuba, para ahli juga telah turut membincangkan program/aktiviti yang akan dianjurkan oleh ALA untuk bulan Oktober hingga Disember tahun ini serta pada tahun 2024.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back