Mission News

Kemeriahan Sambutan Aidil-Fitri di Havana

11 April 2024 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah menganjurkan Hari Terbuka Aidil-Fitri bertempat di Canseri pada 2 Syawal 1445 (11 April 2024).  Para tetamu terdiri daripada wakil Kementerian Luar Negeri Cuba, Komuniti ASEAN di Havana, Alumni MTCP, media tempatan Prensa Latina, mantan Duta Besar dan pegawai Cuba yang pernah bertugas di Malaysia serta Diaspora Malaysia di Cuba.    
Ketupat nasi, ketupat pulut, serunding, dodol, wajik, nasi minyak, biskut Raya adalah antara hidangan istimewa yang telah disajikan kepada para tetamu.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back