Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara telah turut serta bersama ahli-ahli Komiti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) yang lain selaku penceramah jemputan di sesi perkongsian ilmu mengenai ASEAN anjuran Raul Roa Garcia Higher Institute of International Relations (ISRI) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Cuba yang telah diadakan di ISRI pada awal hari ini.
Maklumat am berkenaan ASEAN, penubuhan dan peranan ACHC, potensi kerjasama antara ASEAN dan Cuba, Kepengerusian ASEAN oleh Indonesia untuk tahun 2023, cabaran semasa yang dihadapi oleh ASEAN adalah antara topik-topik yang dikupaskan pada sesi kali ini.



