Pada 30 Oktober 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah berbesar hati menerima ketibaan TYT Muhammad Radzi Jamaludin, Duta Besar Malaysia ke Republik Cuba yang baru. Beliau turut ditemani oleh keluarga beliau. Ketibaan beliau turut disambut oleh Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC).
Sebaik melaporkan diri ke Canseri, TYT Muhammad Radzi Jamaludin turut mengadakan pertemuan ringkas dengan kakitangan Kedutaan.
Selamat bertugas di penempatan baru dan Selamat Datang ke Cuba Ambassador.


