Pada 18 Julai 2023, En. Mohd Akbal Setia, Timbalan Presiden Tourism Malaysia untuk Amerikas, dengan ditemani oleh Cik Chenderawasih Abdul Malak, Kuasa Usaha Sementara, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pelancongan Cuba MINTUR). Delegasi Malaysia telah disambut oleh Puan Gihana Galindo Eriquez, Pengarah Bahagian Komersil MINTUR. En. Abel Pérez García, pegawai dari Kementerian Luar Negeri Cuba (MINREX) juga turut hadir.
Penganjuran Seminar Malaysia Truly Asia di Havana pada 18 Julai 2023, potensi kerjasama dalam sektor pelancongan di antara Malaysia dan Cuba, adalah di antara perkara yang dibincangkan dipertemuan kali ini.
