Mission News

Kunjungan ke Deshidratados Habana

30 November 2022 1 views

Kunjungan ke Deshidratados Habana, syarikat pengeluaran buah-buahan & sayuran kering di Havana. Syarikat berkenaan menghasilkan produk dari nenas, oren, kelapa, lada benggala (capsicum), pisang, mangga, kunyit, halia, bawang putih, limau nipis & tomato, yang kemudiannya dieksport ke Itali dan Sepanyol.
En. Oscar Fernandez, pemilik syarikat dan mantan profesor Ekonomi, turut kongsikan proses penghasilan dan cabaran yang dihadapi dalam memasarkannya. Beliau turut menyatakan minat untuk mempelajari pendekatan yang digunapakai oleh Malaysia dalam industri makanan kering ke arah mengembangkan perniagaan beliau di pasaran tempatan, Amerika Latin dan juga antarabangsa.

Share:
Link copied to clipboard
Back