Cik Chenderawasih Abdul Malak, Kuasa Usaha Sementara juga berkesempatan untuk mengunjungi Teatro de Las Estaciones, sebuah teater persembahan pertunjukkan boneka yang terletak di Matanzas. Beliau juga telah dibawa melawat sekitar teater tersebut dan bertemu dengan dua penggiat utama teater berkenaan, yang juga ikon terkenal dalam persembahan pertunjukkan boneka Cuba iaitu En. Rubén Darío Salazar and En. Zenén Calero Medina. Mereka turut menyatakan minat mereka untuk mempelajari lebih lanjut seni wayang kulit dari Malaysia.

