Cik Chenderawasih Abdul Malak, Kuasa Usaha Sementara telah mengadakan Lawatan Kerja ke Matanzas pada 28 Disember 2022. Ketibaan beliau telah disambut oleh Puan Juana Ortiz Ricardo, Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, mewakili Gabenor Wilayah Matanzas. Beliau telah dibawa melawat sekitar pusat bandar Matanzas dan penerangan berkenaan sejarah pembentukan Wilayah Matanzas telah diberikan oleh YBrs. Dr. Ercilio Vento Canosa, pakar sejarah wilayah tersebut.

