Mission News

Lawatan ke Rumah Asia

07 February 2024 1 views

Pada 7 Februari 2024, TYT Muhammad Radzi Jamaludin dan isteri telah meluangkan masa untuk melawat Rumah Asia (Casa de Asia) yang terletak di Kota Lama Havana.  Mereka terlebih dahulu dibawa dan diberi penerangan ringkas mengenai beberapa bangunan yang terletak di kawasan sekitar Kota Lama.  
Pelbagai koleksi seperti figura, tembikar, pakaian tradisional, senjata, karya-karya penulisan dari negara-negara Asia termasuklah dari Malaysia, dipaparkan untuk tatapan orang ramai di muzium tersebut.  Pelbagai program/aktiviti turut dianjurkan oleh muzium tersebut dari masa ke semasa untuk memberi pendedahan kepada rakyat Cuba berkenaan kepelbagai budaya yang terdapat di serata dunia.

Share:
Link copied to clipboard
Back