Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah mengadakan lawatan korporat ke Syarikat Occidental Palco Base pada 9 Jun 2023. Ketibaan wakil Kedutaan telah disambut oleh Encik Eberto Gil Alvarez, Pengarah Syarikat dan Encik Edilberto San Mesa, wakil Bahagian Komersial. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan perkembangan usaha-usaha penambahbaikan di gudang sewaan Kedutaan dan lokasi Rumah Malaysia yang baru.

