Kedutaan Besar Malaysia Havana telah mengadakan lawatan korporat ke Syarikat Mercedez Benz di Berroa. Ketibaan wakil Kedutaan telah disambut oleh Pengurus Besar Syarikat, Encik Ayman Makram dan Pengurus Jualan, Encik Eric E. Hernandez Perez.
En. Ayman telah turut kongsikan berkenaan model-model kereta terkini keluaran Mercedes-Benz serta spefikasinya yang tersendiri yang mengambilkira faktor-faktor tertentu di Cuba. Delegasi Malawakil juga telah dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat proses mengecat dan penyelenggaran kereta.


