Pada 28 Jun 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba bersama-sama Kedutaan Besar Indonesia telah mengadakan majlis korban sempena sambutan Haji Raya Aidil-Adha bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Indonesia. Serahan daging korban kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia telah disempurnakan oleh PYT Nana Yuliana, Duta Besar Republik Indonesia ke Cuba.
Majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan aktiviti bergotong-royong pembersihan dan agihan daging serta persiapan makan malam. Sup daging dan sate kambing antara juadah istimewa yang telah dihidangkan kepada para petugas.
Terima kasih diucapkan kepada Kedutaan Besar Indonesia yang telah banyak membantu dalam urusan majlis korban tersebut.



