Pada 23 Ogos 2022 Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah menganjurkan pertemuan sulungnya dengan Alumni MTCP Cuba untuk tahun ini. Pertemuan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran PYT Duta Besar Haiti, TYT Duta Besar Nicaragua, wakil Kedutaan Besar Jamaica dan Republik Dominika serta wakil Kementerian Luar Negeri Republik Cuba.
