Pada 26 Februari 2025, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah menghoskan Majlis Resepsi bersempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Cuba yang ke-50 bertempat di Canseri.
Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran dua (2) Tetamu Kehormat iaitu PYT Josefina De La Caridad Vidal Ferreiro, Timbalan Menteri Luar Negeri Cuba (MINREX) dan PYT Déborah Rivas Saavedra, Timbalan Menteri Dagangan dan Pelaburan Asing Cuba (MINCEX). Wakil-wakil daripada kedua-dua Kementerian, Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) dan rakan media, Prensa Latina telah turut memeriahkan majlis istimewa ini. Prensa Latina selaku wakil media tempatan juga telah membuat liputan media untuk majlis tersebut.
Para tetamu juga telah turut disajikan dengan Nasi Kerabu dan juga pemanis mulut iaitu Kuih Bakar dan Tau Fu Fah.

.