Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut menyerikan Majlis Resepsi bersempena Hari Kebangsaan Jamaica ke-61 yang telah diadakan di Kediaman Rasmi TYT Franz Hall, Duta Besar Jamaica ke Cuba pada 3 Ogos 2023.
TYT Alpidio Alonso Grau, Menteri Kebudayaan Cuba telah dijemput sebagai Tetamu Khas di majlis tersebut. Video pendek berkenaan Jamaica juga telah dipertontonkan kepada para tetamu.

