Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55

10 September 2012 1 views

Majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 bagi masyarakat Malaysia yang bermastautin di Cuba telah diadakan pada 31 Ogos 2012 di Kediaman rasmi TYT Duta Besar Malaysia di Havana. Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan upacara menaikkan Jalur Gemilang, diikuti dengan ucapan oleh TYT Duta Besar.

Dalam ucapan ringkas TYT Duta Besar, beliau menekankan kepentingan menghayati elemen-elemen yang terkandung dalam RUKUNEGARA dan bagi rakyat Malaysia untuk menjaga imej negara disamping membantu dalam mengeratkan hubungan dua hala dengan negara Cuba. Majlis dihadiri oleh wakil PETRONAS dan penjawat awam di Kedutaan Besar Malaysia beserta ahli keluarga. Tetamu turut diraikan dengan jamuan makan, antaranya, soto ayam, rendang kambing, pulut kuning, sambal udang, agar-agar dan puding. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.


Kedutaan Besar Malaysia

Havana, Cuba


Share:
Link copied to clipboard
Back