Kemudahan Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang di bawah Program Khas bagi warganegara Palestin dan Sudan bagi tahun 2024 diberikan berdasarkan ketetapan berikut:
i) Kelulusan diberikan kepada permohonan baru bagi Program Khas warganegara Palestin dan Sudan mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2024;
ii) Permohonan diterima melalui pihak Kementerian Luar Negeri (KLN) atau Pejabat Kedutaan Besar Palestin dan Pejabat Kedutaan Besar Sudan di Malaysia sahaja;
Kemudahan Pas Lawatan ini adalah bersifat SEMENTARA sehingga keadaan kedua-dua negara berkenaan kembali pulih; dan ditawarkan kepada warganegara Palestin dan Sudan yang TELAH berada dalam Malaysia sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia
Havana, Cuba
27 Mac 2024