Mission News

Malaysia selaku Pengerusi Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) untuk penggal kedua (Julai-Disember 2023)

10 July 2023 1 views

Malaysia telah dipertanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) untuk penggal kedua (Julai-Disember 2023).  Penyerahan kepengerusian berkenaan telah dilakukan oleh TYT Vanhtha Sengmeuang, Duta Besar Lao PDR ke Cuba, selaku Pengerusi Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) untuk penggal pertama  (Jan-Jun 2023) kepada Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara.  
Majlis berkenaan telah berlangsung di Kediaman Rasmi Duta Besar Lao PDR, dan telah turut dihadiri oleh Ketua-ketua Perwakilan dan wakil-wakil negara-negara anggota ASEAN yang lain. Program/aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah kepengerusian Lao PDR dan juga usul Program/aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan seterusnya adalah antara perkara dibincangkan pada pertemuan kali ini.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back