Pada 4 Ogos 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana selaku Pengerusi Persatuan Negara-negara Anggota ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) untuk setengah tahun yang kedua tahun ini telah menganjurkan mesyuarat koordinasinya yang pertama. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh Duta-duta Besar dan wakil dari Kedutaan ASEAN yang beribu pejabat di Havana.
Program/Aktiviti untuk setengah tahun yang kedua; perkembangan di setiap negara anggota ASEAN; Sidang Kemuncak G77+China, FIHAV 2023 dan Sidang Kemuncak ASEAN, adalah di antara perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini.
