Mission News

Mengenalpasti potensi kerjasama dagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan Republik Dominicana

16 March 2023 1 views

Pada 16 Mac 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana, dengan kerjasama MATRADE Miami dan juga Konsul Kehormat Malaysia di Republik Dominicana telah menganjurkan seminar atas talian (webinar) “Doing Business with Malaysia-the Dominican Republic”. 
Puan Belkis Yermenos, Pengarah (Promosi dan Pelaburan), Kementerian Luar Negeri Republik Dominicana telah menyampaikan ucaptama bagi pihak TYT Hugo Rivera, Timbalan Menteri Luar Negeri (Hal Ehwal Ekonomi). Manakala pembentangan berkenaan potensi dagangan dan pelaburan di Malaysia dan Republik Dominicana telah disampaikan oleh Puan Leany Mokhtar, Trade Commissioner, MATRADE Miami dan Encik Zanony Severino, Pengurus (Pelaburan), ProDominicana. Seminar berkenaan telah dihadiri oleh komuniti perniagaan dari Republik Dominicana dan juga Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back