Mission News

Mesyuarat Agung Persatuan Wanita Asia (Asian Ladies Association -ALA), Havana

03 February 2023 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Havana selaku Bendahari Kehormat ALA telah turut serta dalam Mesyuarat Agung Persatuan Wanita Asia (Asian Ladies Association -ALA) yang telah dipengerusikan oleh PYT Battsetseg Shagdar, Duta Besar Mongolia ke Cuba, selaku Pengerusi ALA, yang telah diadakan pada 3 Februari 2023 bertempat di Kediaman Rasmi beliau.  Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh wakil-wakil Kedutaan Besar yang lain seperti China, Lao PDR, Myanmar, Vietnam, Turkiye, Indonesia, India dan Pakistan.  
Perbincangan pada mesyuarat tahunan pada kali ini memberi fokus kepada program/aktiviti yang telah dilaksanakan untuk tahun 2022 dan yang akan dilaksanakan untuk tahun 2023 serta pelaporan kewangan tahunan. Mesyuarat turut mengalu-alukan kehadiran TYT Shahbaz M.Malik, Duta Besar Pakistan yang baru ke Cuba dan isteri, Puan Faryal Malik.

Share:
Link copied to clipboard
Back