Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERWAKILAN Havana telah diadakan pada 22 Januari 2024 bertempat di Canseri. Mesyuarat berkenaan telah disempurnakan oleh TYT Muhammad Radzi Jamaludin, selaku Penasihat PERWAKILAN dan seterusnya dipengerusikan oleh Puan Norashikin Abdul Rahim selaku Pengerusi PERWAKILAN. Antara lain, Mesyuarat telah mengambil maklum pelaksanaan program/aktiviti tahun 2023 dan pelaporan kewangan tahunan serta program/aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk tahun ini. Seusai mesyuarat, para ahli turut disajikan dengan jamuan ringkas yang turut disertai oleh semua kakitangan Kedutaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ahli di atas kerjasama dalam menjayakan program/aktiviti sepanjang tahun 2023. Komitmen berterusan para ahli dalam merealisasikan program/aktiviti amatlah dihargai.

