Pada 22 Februari 2023, TYT Dr Akram Mohammad Rashid Samhan, Duta Besar Palestin ke Cuba selaku Dekan Kor Diplomatik telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua-ketua Perwakilan dan Pertubuhan Antarabangsa yang diakreditasikan ke Cuba bertempat di Hotel Nasional, Havana. Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah diwakili oleh Cik Chenderawasih Abd. Malak selaku Kuasa Usaha Sementara. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh beberapa Kedutaan Besar termasuklah Malaysia di mesyuarat tersebut, dan program/aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023.
