Pada 20 Oktober 2023, Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara telah turut serta dalam mesyuarat khas anjuran Kedutaan Besar Yaman, selaku Pengerusi Kesatuan Arab di Havana untuk membincangkan situasi terkini Palestin dan juga di Semenanjung Gaza. Mesyuarat berkenaan telah disertai oleh kira-kira 40 orang wakil yang terdiri daripada Duta-Duta Besar dan juga para pegawai dari Kedutaan Besar negara-negara Kesatuan Arab, negara-negara Kesatuan Afrika dan juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang beribupejabat di Havana. Satu Deraf Kenyataan Bersama juga telah dibentangkan di akhir mesyuarat tersebut.
