Sebelum tirai tahun 2024 dilabuhkan, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah turut serta dalam Mesyuarat Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) yang telah dipengerusikan oleh TYT Le Quang Long, Duta Besar Vietnam pada 30 Disember 2024 bertempat di Kedutaan Besar Vietnam.
Antara intipati mesyuarat pada kali ini adalah penyerahan Kepengerusian ACHC daripada Vietnam kepada Cambodia untuk tempoh enam bulan akan datang, mulai Januari hingga Jun 2025, serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada tahun hadapan.


